Monday, 8 October 2012

Apa itu Blog?

Assalamualaikum


Dah jawab salam?? Okay...bagus...
Merujuk tajuk diatas...."Apa itu Blog?"...haha.. Mungkin ramai antara kita yang pernah membuat blog... 
Tetapi tahukah anda tujuan sebenar blog ni? Okay...'meh'sini nak cerita....
Secara mudahnya, blog (merupakan ringkasan bagi weblog) adalah jurnal online yang digunakan untuk kita menyatakan pendapat peribadi atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa dikemaskini setiap hari (bagi yang rajin je la) haha ....
Kita boleh lihat perbezaan yang agak ketara apabila dibandingkan blog dengan laman web biasa....
Setiap kali kita meng'update' atau memasukkan artikel atau penulisan terbaru, yang terkini akan berada di atas dan yang lepas(maksudnya post-post yang lama la) akan berada dibawah (reverse chronoligical order)..tergeliat lidah menyebutnya...haha
Blog ni juga senang untuk kita 'handle' atau diguna oleh sesiapa sahaja. Orang kata 'tak' perlu la nak ada pengetahuan teknikal yang tinggi kerana untuk blog ni ia sudah dilengkapi dengan pelbagai fungsi (widget)...
Macam kita selalu 'dok' guna perisian Microsoft Office tu la...Bukan susah pun.......
Kesimpulannya.....blog juga adalah sebuah laman web yang perlu dikemakini, diurus dan dijaga dengan baik. Namun, ciri-cirinya yang membuatkan ia berbeza dengan jenis laman web yang lain seperti laman web statik atau jenis CMS (content management system)....
Okay itu sahaja yang ingin saya kongsikan.......
Sekian ....Terima kasih..... :D

Sila klik READ MORE






p/s : jemput makan..haha 
PEACE

0 comments:

Post a Comment

 
;